Wednesday, 18 November 2015

Saya Rasa Gementar Kali Ini! Kata Faizal Tahir




Saya Rasa Gementar Kali Ini! Kata Faizal Tahir


#KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir teruja apabila ibunya buat pertama kali meluahkan hasrat ingin hadir pada konsertnya iaitu One Night Only yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 30 November ini...

********************************************************************************

#Faizal, 37, berkata, sepanjang sembilan tahun bergelar penyanyi, ibunya, Muzlipah Aishah Pa Wan Teh, mahupun ayahnya, Mohd Tahir Abdul Rahman tidak pernah hadir menyaksikan persembahannya dan perkara itu membuatkan dia sedikit terkejut dan gementar...


*************
*************

#"Memandangkan ayah saya seorang ahli akademik, dari dulu lagi, dia mahupun ibu kurang gemar dengan kerjaya yang saya lakukan ini...

#"Tetapi saya tahu mereka tetap menyokong dalam senyap... Cuma saya tak sangka pula ibu tanya tiket untuk menyaksikan konsert saya di DFP akan datang ini...

#"Saya rasa mungkin mereka berbangga dengan kejayaan yang saya peroleh ini" katanya...

#Faizal berkata demikian pada sidang media konsert One Night Only di Hotel Traders di sini pada petang Selasa...

#Sementara itu, mengenai One Night Only, konsert itu akan dipersembahkan selama sehari sahaja bagi menjaga eksklusiviti persembahan itu...

#Bagaimanapun kata Faizal, dia tidak akan membuat persiapan secara teratur kerana mahu mood persembahannya nanti lebih santai...

#"Seperti biasa, saya akan tampil secara rock & roll... Cuma jujurnya saya tidak terlalu beria dalam membuat persiapan latihan... Saya mahu konsert saya nanti lebih neutral...


************
************

#"Cuma saya akan memastikan kesihatan lebih terjaga kerana saya mudah demam...

#"Tambah pula saya kurang tidur, membuatkan tahap kesihatan tidak stabil," ujarnya...

#Pada konsert berkenaan, kata Faizal, dia akan mempersembahan lagu-lagu  daripada permintaan peminat-peminatnya...



***************
***************

#Antara lagu popular yang akan dipersembahkan termasuklah Karma, Hanyut, Mahakarya Cinta, Selamat Malam, Sampai Syurga, Gemuruh dan Bencinta...

#Tiket berharga RM120 dan RM216 bagaimanapun sudah habis dijual...


Yuna Tarik Diri Kerana Takut MENANG lagi?



Yuna Tarik Diri Kerana Takut MENANG lagi?

#KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding pada peringkat separuh akhir program Muzik-Muzik yang akan bermula pada 22 November ini...


--------------------------------------------------------------------


#Pengurus Hiburan Primeworks Studios Sdn Bhd, Muhamad Sufian Che Isa berkata, komitmen penyanyi itu di Amerika Syarikat menjadi faktor Yuna terpaksa menarik diri...


*******************
*******************


#"Sebelum ini pun Yuna tidak dapat menyertai dan menggunakan khidmat penyanyi pengganti dan tahun ini dia mengambil keputusan menarik diri daripada berentap di peringkat separuh akhir...

#"Yuna menerusi pihak pengurusannya ada menghantar surat rasmi kepada pihak kami berhubung perkara itu dan pihak kami menerimanya," katanya...

#Suffian berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman 30 lagu yang layak bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik di Balai Berita NSTP di sini, Selasa...

#Sebanyak 12 lagu akan dipilih ke Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) menerusi tiga persembahan peringkat separuh akhir yang akan bermula pada 22 November, 29 November dan 6 Disember di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam...

#Yuna sepatutnya bertanding menerusi lagu berjudul Lautan pada peringkat separuh akhir itu...

#Dalam pada itu, Suffian berkata, kekosongan tempat tersebut digantikan dengan lagu nyanyian penyanyi baharu iaitu Sandra berjudul Hey Kau hasil ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Iman Imran...

#Jelas Suffian, pemilihan lagu tersebut adalah adalah secara automatik memandangkan ia berada di kedudukan ke 31 carta...

*********
*********


#"Apabila Yuna menarik diri, lagu Hey Kau yang berada di kedudukan 31 secara automatik naik ke tangga 30 sekaligus melayakkan dia bertanding," katanya...

#ementara itu, Suffian berkata, kesemua 30 lagu yang terpilih ke peringkat separuh akhir dipilih berdasarkan penjurian awal dan 'airplay' diterima lagu tersebut di stesen radio tempatan...

#Malah katanya, aspek populariti sesebuah lagu turut menjadi peranan dalam pemilihan kelayakan ke peringkat separuh akhir...

#"Semua lagu yang dinilai adalah dari Februari hingga Oktober tahun ini dan penjurian awal telah dibuat termasuk mengambil kira aspek jumlah lagu dimainkan di stesen radio di negara ini...

#"Persaingan pada tahun ini juga sengit dan pelbagai kerana banyak pencalonan bukan sahaja dari penyanyi berpengalaman tetapi juga artis baharu," jelasnya...

#Berikut adalah senarai penuh pencalonan peserta peringkat separuh akhir program Muzik-Muzik 2015:

Minggu Pertama (22 November 2015)

******************************************

1... Biarkanlah - Drama Band (Aepul Roza, Amar Habir, Daus SRK dan Faeez Halim)
2... Langit Tetap Biru - Aizat (Aizat Amdan, Pakcik Konfi)
3... Untuk Cinta - Adira & Hafiz (Nurzaidi Abd Rahman)
4... Knock Knock - Elizabeth Tan (Faizal Tahir, Mike Chan)
5... Sampai Mati - Hazama (Omar K, Audi Mok)
6... Hantu Atau Buaya - Nana Sheme (DJ Fuzz)
7... Cinta Yang Sempurna - Qanda (Asfan Shah)
8... Bukan Hal Aku - Kaka & Aliff (The Good Fellas)
9... Di Pintumu - Firman (M... Nasir)
10... Melepaskanmu - Sakura Band (Yoya, Nawfas)
11... Terima Kasih Cinta - Tasha Manasahar & RJ (DJ Fuzz)

Minggu Kedua (29 November 2015)

1... Hanya Namamu - Caliph Buskers (Edry Abdul Halim)
2... Malam Ini Kita Punya - Bunkface (Sam Bunkface)
3... Potret - Akim & The Majistret (Hang Nadim, Kamar Empayar)
4... Not For Sale - Stacy (Mike Chan, Omar K, Altimet)
5... Hey Kau - Sandra (Tam Spider, Iman Imran)
6... Syurga - Alyah (Omar K, Alyah)
7... Angin Kencang - Noh Salleh (Noh Salleh)
8... #Peristiwa - Sofarz, Asfan & RJ (Zimi Sofarz, RJ)
9... Senyum - Aziz Harun (Faizal Tahir, Mike Chan)
10... Mana Mungkin - Black (Ajai)

Minggu Ketiga (6 November 2015)

1... Dikoyak Waktu - Ronnie Hussein (Aepul Roza)
2... Selalu Ada - Amir Jahari (Amir Jahari)
3... Tak Pernah Menyerah - Dayang Nurfaizah (Akid, Pojie Samad)
4... Al Nura Yang 5 Dan 6 - Mawi, Hazama Feat Dali Filsuf (Syeikh Qalam, Mawi)
5... Assalamualaikum - Faizal Tahir (Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong, Audi Mok)
6... Siapa Diriku - Ayda Jebat (Omar K, Ezra Kong, Ayda Jebat)
7... Kau Tercipta - Lah Ahmad (Lah Ahmad)
8... Nyawaku - Azmil (Edry Abdul Halim)
9... Linangan Terakhir - Forteen (Edry Abdul Halim)



10 Gambar Aida Jebat Selepas Zul Ariffin Padam Gambar Dalam Instagram

10-Gambar-Aida-Jebat-Selepas-Zul-Ariffin-Padam-Gambar-Dalam-Instagram

10 Gambar Aida Jebat Selepas Zul Ariffin Padam Gambar Dalam Instagram


Berikut adalah 10 gambar aida jebat:-



























Makin cun lah pulak Aida Jebat ni :)

Bertuah siapa yang dapat beristerikan Aida Jebat, dahlah pandai berlakon, suara pun sedap. Spotting pulak tu..

































"Saya TakTumbuk Ika Nabella, Saya Hanya "Backhand" Pipi Agar Dia Menjiwai Watak"

"Saya TakTumbuk Ika Nabella, Saya Hanya "Backhand" Pipi Agar Dia Menjiwai Watak"




"Saya TakTumbuk Ika Nabella, Saya Hanya "Backhand" Pipi Agar Dia Menjiwai Watak"


#KUALA LUMPUR: Pengarah Azma Aizal Yusoof mengaku bersalah kerana bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai di Hulu Klang pada 2 November lalu...

**********

#Azma, 33, berkata, dia bertindak demikian kerana mahu Ika menjiwai karaktor yang diberikan kepada aktres itu, namun akur bahawa cara tersebut tidak sesuai dilakukannya...

************
************

#"Ketika penggambaran, saya kurang berpuas hati dengan lakonannya dan sudah banyak kali babak yang dilakonkan dirakam semula...

#"Sehinggakan saya mengambil pendekatan kaedah yang digunakan oleh produksi negara Jepun, memukul Ika bagi mendapatkan lakonan yang baik...

#"Dan saya mengaku bersalah atas tindakan itu kerana mengasari Ika tanpa memberitahunya terlebih dahulu... Bagaimanapun saya tidak menumbuk Ika seperti laporan yang dikeluarkan di media," katanya...



#Azma turut ditemani oleh penerbit, Datuk Rosyam Nor....

#Azma ditemui pada sidang media khas di pejabat penerbit drama berkenaan iaitu Suhan Movies di Setiawangsa, di sini pada tengah hari Rabu...


******

#Terdahulu, Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki itu...

#Berikutan kejadian tersebut, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, dekat sini pada malam hari kejadian...

#Dalam pada itu, Azma turut berkata, kes tersebut sudah pun selesai dan Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin lalu memutuskan pengarah itu didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM2,000...

#Sementara itu, Azma menafikan kejadian itu berpunca daripada masalah penyakit gangguan bipolar yang dialami sejak tahun 2009...

#"Ketika kejadian, saya sudah pun mengambil ubat dan ia bukan berkaitan penyakit saya seperti yang diperkatakan...

#"Lagipun, saya tidak mempunyai masalah dengan penyakit saya ini ketika di set penggambaran," ujarnya...


#Ika Nabella

#Gangguan bipolar merupakan sejenis penyakit mental yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi...

#Seseorang yang mengalami gangguan ini melalui episod perubahan ragam atau mood yang melampau, daripada perasaan terlalu ghairah atau teruja (mania) kepada terlalu resah gelisah (kemurungan)...

#Dalam pada itu, Azma berkata, kejadian tersebut telah memberi pengajaran yang sangat besar kepadanya di mana pelbagai cara lain yang boleh digunakan bagi mendapatkan lakonan yang berkesan daripada seorang pelakon...

#Sementara itu, penerbitnya, Datuk Rosyam Nor pula berkata, selepas kes selesai, Azma sendiri telah menarik diri sebagai pengarah bagi drama tersebut dan ia digantikan dengan pengarah lain iaitu Aidilfitri Mohamed Yunos...

#"Azma telah manjalankan tanggungjawab sebagai pengarah drama Dawai dengan baik sekali dan dia sudah selesaikan sebanyak tujuh buah episod...

#"Selebihnya, iaitu sebanyak 13 episod akan diarahkan oleh Aidilfitri... Ika juga membuat keputusan untuk menarik diri dan watak Ika saya gantikan dengan pelakon Puteri Najwa...

#"Saya harap kejadian yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak," tuturnya...